Berita

Hebahan

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KESIHATAN MENTAL UniSZA 2022

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KESIHATAN MENTAL UniSZA 2022, ANJURAN JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL, HPUniSZA

'AL AQLU SALIM FI JISMI SALIM'

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut setiap 10 Oktober 2022, Jabatan Psikiatri HPUniSZA akan mengadakan Program Sambutan Bulan Kesihatan Mental UniSZA 2022, bermula pada 10 Oktober 2022 hingga 19 November 2022.

Antara program menarik sepanjang sambutan ini adalah:

1. Siri Webinar: Nilai- nilai Islamik dan Kepentingannya dalam Kesihatan Mental

Tarikh:
(10 Oktober 2022)
Daya Tahan dan Kesihatan Mental dalam Era Pasca Pandemik oleh Prof. Dr. Rahmattullah Khan bin Abdul Wahab Khan  (Psikologis Klinikal dan Profesor Kehormat di UNISEL)

(17 Oktober 2022)
Pendekatan Psikospiritual dalam Memperkukuhkan Kesihatan Mental di Abad Ke 21 oleh Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta bin Shahrom (Pakar Psikiatri dan Presiden Persatuan Terapi Psikospiritual Malaysia)

(25 Oktober 2022)
Pendekatan Neurosurgeri dalam Perawatan Psikiatri oleh Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif ( Profesor dan Pengarah Hospital Pengajar UniSZA)

(31 Oktober 2022)
Nilai- nilai Islamik sebagai Teras Pembentukan Keluarga Sejahtera oleh Dr. Fauzi bin Yusoh (Pensyarah Kanan, Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA)

Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Platform: WEBEX dan FB Live

2. Saringan, Demonstrasi dan Pameran Kesihatan Mental di Pesta Konvokesyen UniSZA ke-14 

Tarikh: 1 November 2022

Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Pekarangan Dewan Kuliah Utama, UniSZA

3. Fun Run and Walk for Our Mental Health

Tarikh: 19 November 2022

Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat: Pekarangan Dewan AL Muktafi Billah Shah, UniSZA

4. Pertandingan Mencipta Video Pendek Sempena Sambutan Bulan Kesihatan Mental

Tema: "Kesejahteraan Mental Keutamaan Sejagat"

Penyertaan dibuka pada 10 Oktober 2022 hingga 11 November 2022

Dijemput semua warga kampus UniSZA khasnya dan warga Terengganu amnya untuk sama-sama menghadiri dan menyertai program sempena Sambutan Bulan Kesihatan Mental ini.

- e- Certificate akan disediakan untuk penyertaan Webinar dan Fun Run
- Baju Sublimation dan Medal bagi penyertaan Fun Run
- Cabutan Bertuah disediakan untuk Fun Run     
- Hadiah Menarik disediakan untuk Pertandingan Video Pendek

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Urusetia Program 
No telefon: 0111-9444207 (Dr Muhammad Syaqqim Hafifi bin Abdul Rahman)
No telefon: 018-2904843 ( Puan Nor Shahira binti Rosli)

Terima kasih.

-Kesejahteraan Mental Keutamaan Sejagat-

#SambutanBulanKesihatanMentalUniSZA2022

Dihantar oleh: supiantawang@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.