Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan akan mengadakan Kursus Neuro Linguistic Programming (NLP) Staf Akademik UniSZA Tahun 2022. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada akademik untuk memahami empat teras NLP dan membantu staf akademik mencapai impian, menyahkan perkara negatif dalam minda (neurologikal) dan juga menukar persepsi atau perspektif seseorang.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 16 Oktober 2022 (Ahad)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Aplikasi: Dewan Seminar CenTTM 1 Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: YBhg. Prof. Dr. Mahadzirah binti Mohammad Mantan Timbalan Naib Canselor (A&A) UniSZA
Tajuk Ceramah: Meningkatkan Kecemerlangan Pelajar Melalui Neuro Linguistic Programming (NLP)
Sila berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 untuk sebarang pertanyaan dan makluman. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694/8378