Berita

Hebahan

PERTANDINGAN DEBAT DIRAJA ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) 2022

Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia, UniSZA dan RHB Bank menganjurkan Pertandingan Debat Diraja 2022.

Pertandingan bermula dari 17 - 18 September 2022 (secara dalam talian) dan 21 - 23 Oktober 2022 (secara bersemuka di UniSZA).

Ayuh, sama-sama kita saksikan pertandingan debat terbesar pada peringkat IPTA sejak tahun 1995 di laman rasmi FB Universiti Sultan Zainal Abidin. Pertandingan ini melahirkan graduan yang bermutu bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga mempunyai kemahiran berfikir, menganalisis dan berhujah dengan berhemah.

Dihantar oleh: hananhashim@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.