Berita

Hebahan

JEMPUTAN KE SESI PERKONGSIAN DAN TIPS PERMOHONAN GERAN FRGS TAHUN 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Sesi Perkongsian dan Tips Permohonan Geran FRGS pada Oktober 2022.

Sesi perkongsian ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik berkaitan ciri-ciri proposal FRGS yang menepati kehendak KPT. Maklumat program adalah sepertimana dibawah:

 

Bil. Penceramah Tarikh/Hari Program Masa Link Program
i

YBrs. Prof. Dr. Zulkifli Yusop (UTM)

Panel Penilai KPT bagi Domain Warisan dan Alam Budaya (WAB)

26 Oktober 2022

(Rabu)

10.00 pg - 12.00 t/hari https://tinyurl.com/yppzxpmf
ii.

YBrs. Prof. Sr. Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz (USM)

Panel Penilai KPT bagi Domain Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI)

27 Oktober 2022 (Khamis) 9.00 pg - 11.00 pg https://tinyurl.com/msm6j2hw

Sehubungan dengan itu, semua staf akademik dijemput menyertai program ini. Sila hubungi Encik Nur Amatur Rahman bin Abd Razak, Penolong Pendaftar, CREIM di talian 09-668 7984 untuk sebarang pertanyaan.

Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.