Berita

Hebahan

HEBAHAN JEMPUTAN KE SYARAHAN AKADEMIK SIRI 4: KESAN PERANG UKRAINE KE ATAS POLITIK ANTARABANGSA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan syarahan di atas sepertimana butiran berikut:

Tarikh:   31 Oktober 2022 (Isnin)
Masa:    10.00 pagi – 11.00 pagi
Platform Webex:   https://tinyurl.com/SyarahanAkademikSiri4

Penceramah: 
YBrs. Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh
Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA)

Syarahan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi kepakaran, meningkatkan kompetensi serta profesionalisme dan dalam masa yang sama memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa dalam bidang-bidang tertentu.

Untuk makluman, syarahan ini terbuka kepada semua staf. Kehadiran akan direkod sebagai latihan tahunan staf.

Sila berhubung dengan Encik Azro Izham bin Abu Bakar,  Pembantu Tadbir Kanan, CenTTM di talian  09-6688948 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
.