Berita

Hebahan

JEMPUTAN KE SESI PERKONGSIAN DAN TIPS PERMOHONAN GERAN FRGS TAHUN 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Sesi Perkongsian dan Tips Permohonan Geran FRGS pada November 2022.

Sesi perkongsian ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik berkaitan ciri-ciri proposal FRGS yang menepati kehendak KPT. Maklumat program adalah sepertimana dibawah.

Bil.

Penceramah

Tarikh/Hari Program

Masa

Link Program

i.

YBrs. Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Abdul Majeed (UiTM)

Panel Penilai KPT bagi Domain Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK)

15 November 2022

(Selasa)

10.00 pg -12.00 t/hari

https://tinyurl.com/3cat58tx

ii.

YBrs. Prof. Dr. Hafiza Aishah Hashim (UMT)

Panel Penilai KPT bagi Domain Sains Sosial (SS)

23 November 2022

(Rabu)

10.00 pg -12.00 t/hari

https://tinyurl.com/4ftf6h9a

Sehubungan dengan itu, YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr. adalah diminta menghebahkan perkara ini kepada semua staf akademik untuk menyertai program ini. Kehadiran peserta akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila hubungi Encik Nur Amatur Rahman bin Abd Razak, Penolong Pendaftar, CREIM di talian 09-668 7984 untuk sebarang pertanyaan.

Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.