Berita

Hebahan

PELANCARAN PELAN STRATEGIK UniSZA 2023 - 2030

PELANCARAN PELAN STRATEGIK UniSZA 2023 – 2030

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Hi-Tea Diraja sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin ke-14 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

 

Keberangkatan KDYMM Sultan dan Sultanah Terengganu dipersembahkan dengan gimik acara Pelancaran Pelan Strategik UniSZA 2023 – 2030 dan telah disempurnakan oleh KDYMM Sultanah Terengganu selaku Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

 

Gimik yang dipaparkan melalui video secara flash effect, diakhiri dengan kehadiran Ejen 30 yang membawa Digital Power Key untuk diserahkan kepada KDYMM Tuanku Canselor sebagai simbolik bermulanya soft launch Pelancaran Pelan Strategik UniSZA 2023 – 2030.

 

Ejen 30 merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2022 / 2023. Saudara Mohammad Asfa Irfan bin Mohamed Razi dari Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP). Nama Ejen 30 diambil sempena ayat ke 30 surah Al – Baqarah yang menyentuh kewujudan khalifah di muka bumi oleh Allah S.W.T.

 

Semoga soft launch Pelan Strategik Universiti Sultan Zainal Abidin 2023 – 2030 memberi satu amanat untuk direalisasikan bersama oleh “keluarga UniSZA” dan menyumbang ke arah pemantapan UniSZA di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dihantar oleh: nursharulmjohari@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.