Berita

Hebahan

Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan Staf Pentadbiran (Pengurusan dan Profesional)

Kuala Nerus, 4 Disember 2022: Satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Pentadbiran (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) telah diadakan bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga (3) orang staf iaitu Puan Majedah binti Mokhtar (Pejabat Pendaftar) dan Encik Zunaidin bin Muda (Pusat Pengurusan Harta Benda) di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Tadbir Gred N48. Kenaikan Pangkat ini berkuat kuasa pada 1 Disember 2022. Manakala seorang staf iaitu Encik Ahmad Risyamsyi bin Abdul Razak (Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik) memangku jawatan Pegawai Tadbir Gred N48 bermula 1 Disember 2022 sehingga 30 November 2023.

Dihantar oleh: usairizainuddin@unisza.edu.my
.