Berita

Hebahan

JEMPUTAN KE BENGKEL PERMOHONAN GERAN FRGS TAHUN 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Permohonan Geran FRGS Tahun 2023 dalam Domain Sains Tulen dan Gunaan (STG) serta Domain Teknologi dan Kejuruteraan (TK) pada Disember 2022.

Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik berkaitan ciri-ciri proposal FRGS yang menepati kehendak KPT. Maklumat bengkel adalah sepertimana dibawah.

Tarikh/Hari: 13 - 14 Disember 2022 (Selasa - Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 4.15 petang
Tempat:

Dewan Seminar CenTTM 1

Bangunan CenTTM

UniSZA Kampus Gong Badak

Penceramah:

YBrs. Prof. ChM. Dr. Wan Mohd Kahirul Wan Mohamed Zin

Panel Penilai KPT

Domain Sains Tulen dan Gunaan (STG)

Domain Teknologi dan Kejuruteraan (TK)

Surat jemputan peserta telah diedarkan ke PTj/Fakulti masing-masing pada 07 Disember 2022 (Rabu). Sila hubungi Encik Nur Amatur Rahman bin Abd Razak, Penolong Pendaftar, CREIM di talian 09-668 7984 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.