Berita

Hebahan

WAKIL QS BERSAMA STAFF UniSZA

6 Disember 2022 – Kuala Nerus : Susulan pengumuman rasmi kedudukan universiti dalam QS Asia Ranking pada 8 November 2022 baru-baru ini, Universiti Sultan Zainal Abidin  (UniSZA) berada pada kedudukan 601-650 berbanding kedudukan pada 501-550 bagi tahun 2022. Pengumuman ini memperlihatkan penurunan kedudukan penarafan UniSZA dalam QS Asia Ranking 2023.

 

Justeru, Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti (SPaQM) mengambil inisiatif untuk mendapatkan khidmat wakil Quacquarelli Symonds (QS) yang terlibat secara langsung dalam proses QS Survey untuk penarafan universiti samada di peringkat Asia atau Dunia. Encik Chong E Way, Regional Director, Southeast & Japan, QS Quacquarelli Symonds berbesar hati memberi taklimat berkenaan QS Ranking dan berkongsi maklumat strategi untuk meningkatkan kedudukan UniSZA.

 

Sesi taklimat yang diadakan di Auditorium Perpustakaan ini telah dihadiri oleh wakil setiap Pusat Tanggungjawab (PTj). Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli bin Adam juga hadir memberikan kata aluan beserta harapan agar seluruh warga UniSZA dapat memainkan peranan untuk meningkatkan kedudukan UniSZA dalam platform QS Ranking.

 

Kerjasama ini diharap mampu memberi gambaran yang jelas perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan serius untuk kecemerlangan UniSZA melalui peningkatan kedudukan dalam QS Asia Ranking pada masa akan datang. Strategi ini perlu diselami dan dipraktikkan bersama bagi hasil yang lebih baik. Kerjasama semua pihak yang terlibat amat memberangsangkan dan semoga UniSZA berjaya meningkatkan kedudukannya di dalam Qs Asia Ranking akan datang. InsyaAllah.

Dihantar oleh: nursharulmjohari@unisza.edu.my
.