Berita

Hebahan

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA PERMOHONAN LATIHAN DENGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN CenTTM

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA PERMOHONAN LATIHAN DENGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN PUSAT PENGURUSAN BAKAT DAN LATIHAN (CenTTM)

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) merupakan pusat yang menguruskan permohonan kursus bagi staf Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Untuk makluman, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Latihan dan Kompetensi (JKLK) pada 13 Disember 2022 telah memutuskan bahawa semua permohonan peruntukan kewangan untuk mengadakan latihan termasuk latihan dalaman dan luaran (sistem e-Latihan) bagi Tahun 2023 di buka semula bermula 25 Disember 2022.

Sebarang pertanyaan dan perbincangan boleh berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar di talian 09-668 8694.

Sekian, harap maklum

Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my
.