18 Disember 2022 - Kuala Nerus: Kejayaan melaksanakan Pelan Strategik dalam sesebuah organisasi bergantung kepada komitmen semua pihak terutamanya pihak Pengurusan Tertinggi kerana ia mampu mencetuskan fenomena togetherness. Justeru, mengambilkira konsep kebersamaan ini, maka satu Bengkel Penetapan Pelan Strategik Jangka Pendek Tahun 2023 telah diadakan untuk memperhalusi, memperincikan serta menyediakan pelan tindakan jangka pendek UniSZA bagi tahun 2023
Bengkel yang dijadualkan dua (2) hari ini, diadakan di Smart Classroom, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak telah dipendekkan tempoh pelaksanaannya bagi menyantuni warga UniSZA yang terkesan dengan situasi bencana banjir. Namun, semangat kebersamaan jelas terlihat apabila semua kumpulan tetap menyediakan Pelan Tindakan Jangka Pendek berkaitan untuk dihantar kepada urusetia untuk semakan, seterusnya dibentangkan oleh setiap Ketua Strategi Teras kepada Naib Canselor. Komitmen ini memperlihatkan kesan positif hasil penyampaian ucapan aluan serta amanat Naib Canselor mewakili Pengurusan Universiti pada hari pertama bengkel diadakan.
Diharapkan hasil bengkel yang dihadiri oleh semua Ketua Pusat Tanggungjawab serta wakil-wakil persatuan ini akan dijadikan penanda aras bagi pelaksanaan Pelan Tindakan Pelan Strategik Jangka Sederhana dan Pelan Strategik Jangka Panjang pada tahun-tahun akan datang seterusnya menyumbang peningkatan penarafan UniSZA. InsyaAllah.
Dihantar oleh: rosliza@unisza.edu.my