Berita

Hebahan

MAKLUMAN PENUTUPAN STOR PEJABAT BENDAHARI, KAMPUS BESUT PADA 29/12/2022

MAKLUMAN PENUTUPAN STOR PEJABAT BENDAHARI, KAMPUS BESUT PADA 29/12/2022 (KHAMIS) BAGI

PENGIRAAN STOK SUKU KE-4 (OKT-DIS) 2022

 

Kepada semua warga UniSZA,

Sukacita dimaklumkan, Pejabat Bendahari, Kampus Besut akan menjalankan pemeriksaan stok di Stor Pejabat Bendahari, Kampus Besut. Pemeriksaan ini merangkumi pengiraan stok keluar masuk air minuman di Stor Pejabat Bendahari, Kampus Besut secara keseluruhan.

Sehubungan itu, Stor Pejabat Bendahari, Kampus Besut akan ditutup pada 29/12/2022   (Khamis) kerana pemeriksaan ini akan melibatkan kakitangan Pejabat Bendahari, Kampus Besut.

Semua PTj yang memerlukan stok air minuman untuk kegunaan segera, HENDAKLAH mengambil air minuman di Stor Pejabat Bendahari, Kampus Besut pada 28/12/2022 (Rabu), SEBELUM 01.00 TENGAHARI.

Kerjasama daripada semua warga UniSZA amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Dihantar oleh: muhaiminnikli@unisza.edu.my
.