Berita

Hebahan

BENGKEL PENILAIAN PELAPORAN PELAN TINDAKAN AKADEMIK (PTA) BAGI TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) akan menganjurkan Bengkel Penilaian Pelaporan Pelan Tindakan Akademik (PTA) bagi Tahun 2022 sepertimana butiran berikut:

 

Tarikh             : 03 Januari 2023 / Selasa

Masa               : 9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat           : Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran, UniSZA Kampus Gong Badak

  1. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri bengkel berkenaan sepertimana ketetapan di atas. Sebagai persediaan, semua peserta yang hadir perlulah memahami tentang input Pelan Tindakan Akademik (PTA) serta Report Card fakulti masing-masing yang telah diedarkan pada 09 November 2022 yang lalu.

 

  1. Mohon perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk membawa komputer riba dan menyediakan laporan setiap fakulti yang terlibat bagi membuat penilaian dalam bengkel tersebut.

 

Semoga dalam makluman YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan jua. Kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, wassalam.

Dihantar oleh: izdiharibrahim@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.