Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan akan mengadakan Kursus Asas Fotografi Kamera Mirrorless Canon Malaysia Staf UniSZA 2023. Tujuan kursus ini adalah untuk mengenali kamera mirrorless, mempelajari teknik asas untuk mengambil pelbagai situasi gambar dengan baik dan mempelajari seni komposisi bagi menghasilkan gambar yang baik dan berkesan.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 15 Januari 2023 (Ahad)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1 Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: Encik Wan Mohd Fadzli bin Wan Samsudin Pereka Penerbit UniSZA
***Semua peserta kamera digital dan memori Card (SD Card) Sekiranya ada.
Sila berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 untuk sebarang pertanyaan dan makluman. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694/8378