Berita

Hebahan

JERAYAWARA PELAN STRATEGIK UniSZA 2023-2030

JERAYAWARA PELAN STRATEGIK UniSZA 2023-2030

03-04 Januari 2023 – Kuala Nerus: Kejayaan melaksanakan pelan strategik dalam sesebuah organisasi bergantung dengan sokongan seluruh warganya kerana ia mampu mencetuskan fenomena togetherness. Justeru, berasaskan konsep kebersamaan ini serta nilai kebertanggungjawaban terhadap halatuju universiti maka Jerayawara Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2023-2030 yang diadakan selama dua (2) hari bermula 03 hingga 04 Januari 2023 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak, berjalan lancar.

Jerayawara ini memaparkan komitmen Pengurusan Tertinggi UniSZA yang telah memberi penerangan jelas dan padat perihal kandungan PSU 2023-2030. YBhg. Naib Canselor telah menyampaikan perutusan beliau berkenaan Halatuju dan Dasar PSU 2023-2030 dan ianya diteruskan dengan perincian lima (5) Strategi Teras dan satu (1) Strategi Khas oleh setiap Ketua Strategi:

  1. Graduan Kalis Masa Depan (Future Proof Graduates) oleh Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas (Timbalan Naib Canselor [Akademik dan Antarabangsa]);
  2. Penyelidikan Berimpak Tinggi (High Impact Research) oleh Prof. Dr. Shukor bin Abd Razak, (Timbalan Naib Canselor [Penyelidikan dan Inovasi]);
  3. Bakat Berprestasi Tinggi (High Performance Talent) oleh Encik Ismail bin Musa (Pendaftar);
  4. Pendigitalan Universiti (University Digitalization) oleh Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abd Rahman (Pengarah Kampus Besut),
  5. Hero Komuniti (Community Heroes) oleh Prof. Madya Dato’ Ts Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff@Che Abdullah
  6. (Strategi Khas) Kemampanan Kewangan (Financial Sustainability) disampaikan oleh Encik Suhaili bin Mohd, Bendahari UniSZA

Jerayawara ini dilaksanakan mengikut empat (4) kumpulan sasaran iaitu kumpulan staf Akademik, Pengurusan dan Profesional, Pelaksana dan juga Majlis Perwakilan Pelajar serta Exco Persatuan Pelajar. Ini bertujuan untuk memberi pemahaman dan penjelasan menyeluruh kepada warga UniSZA tentang halatuju UniSZA seterusnya bagi melonjak kecemerlangan samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Program jerayawara ini mengambarkan impak positif berdasarkan soalan-soalan yang diajukan oleh kumpulan sasaran untuk mempertingkatkan pemahaman dan penghayatan. Disamping itu juga, soalan turut diterima melalui goggle form yang disediakan oleh pihak urusetia, Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Sistem Kualiti (SPaQM) untuk pandangan, cadangan dan soalan berkaitan yang signifikan. Semoga hasrat murni Pengurusan Tertinggi UniSZA untuk memastikan warga UniSZA bersama-sama memainkan peranan dalam pelaksanaan PSU 2023-2030 ini berjaya dan dirahmati oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.

Dihantar oleh: nursharulmjohari@unisza.edu.my
.