Berita

Hebahan

KURSUS PEMERKASAAN PENGGUNAAN APLIKASI RAINBOW UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) OLEH PIHAK T

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
 
YBhg. Dato’/To’ Puan/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Pemerkasaan Penggunaan Aplikasi Rainbow oleh Pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional UniSZA.
 
Kursus ini akan diadakan selama tiga (3) hari bermula 17, 18 & 19 Januari 2023 di Dewan Seminar CenTTM. Setiap peserta hanya akan menghadiri satu sesi sahaja untuk kursus ini. Pihak CenTTM akan mengeluarkan senarai nama peserta yang terlibat dalam kursus ini, beserta jadual sesi yang perlu dihadiri.
 
Harap maklum dan terima kasih.
 
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Dihantar oleh: noraidayaacob@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.