Assalamualaikum Wm. Wbt.,
Semua Staf Akademik UniSZA
YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE SYARAHAN AKADEMIK SIRI V
HYBRID BODY CORPORATE ENTITY: SPECIAL REFERENCE TO MALAYSIA LLP
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan syarahan di atas sepertimana butiran berikut:
Tarikh: 24 Januari 2023 / Selasa
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Secara dalam Talian (webex)
Link: https://tinyurl.com/AcademicTalkSiries5
Penceramah: YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Bengkel ini diadakan bagi tujuan meningkatkan kompetensi dan profesionalisme dan memberi pendedahan kepada peserta dengan isu-isu semasa. Untuk makluman, syarahan ini terbuka kepada semua staf akademik. Sehubungan itu, semua staf akademik dijemput untuk bersama-sama hadir ke syarahan ini sepertimana maklumat yang dinyatakan di atas.
Kehadiran akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila berhubung dengan Puan Noor Syilawani binti Yem, Penolong Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di talian 09-6688366 untuk sebarang pertanyaan.
Segala kerjasama amat dihargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian wassalam.
Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my