Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia UniSZA (UHREC), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Seminar “Application Procedures for Applicants and Review Process for Potential Reviewers” Etika Penyelidikan Manusia UniSZA.
Maklumat seminar adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 08 Februari 2023 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Secara dalam talian (https://unisza.webex.com)
Penceramah: YBrs. Prof. Dr. Nyi Nyi Naing @ Syed Hatim Noor
Pengerusi UHREC
Sehubungan itu, semua staf akademik dan Ahli Jawatankuasa UHREC dijemput menyertai seminar tersebut menerusi pautan https://tinyurl.com/UHREC2023 (kata laluan: CaN37kiifM3).
Kehadiran ke seminar ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila hubungi Puan Nurnazahiah binti Ali, Penolong Pendaftar di talian 09-668 7757/013-9037786 untuk sebarang pertanyaan.
Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my