Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Bengkel CHATGPT Kepada Staf Akademik (terbuka kepada semua staf Akademik) dan Staf Pentadbiran (Gred 41-52) UniSZA Tahun 2023. Bengkel ini bertujuan membantu menyediakan teks yang koheran dan ditulis dengan baik dalam pelbagai gaya, topik dan bahasa serta ringkasan berita, penerangan produk atau cerita yang dihasilkan. Penggunaan ChatGPT ini amat penting dalam urusan pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta pentadbiran pada masa kini.
Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh / Hari : 1 Mac 2023 (Rabu)
Masa : a) Staf Akademik (Terbuka) 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
b) Staf Pentadbiran (Gred 41-52) 2.30 Petang - 4.30 Petang
Tempat : Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Sehubungan dengan itu, staf Akademik (Terbuka) dan staf Pentadbiran (Gred 41-52) yang berminat adalah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut dengan menghantar pengesahan kehadiran melalui surat jemputan staf Akademik (Terbuka) dan Pentadbiran (Gred 41-52) melalui urus setia e-Latihan di Pusat Tangunggjawab (PTj) dan fakulti masing-masing sebelum atau pada 28 Februari 2023 (Selasa).
Kehadiran YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my