Berita

Hebahan

Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran (Pengurusan dan Profesional)

Kuala Nerus, 12 Mac 2023: Satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Pentadbiran (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) telah diadakan bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA dan diiringi oleh Encik Muzafar bin Mohd Din, menjalankan fungsi Pendaftar. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada enam (6) orang staf iaitu Encik Mohd Husnizan bin Mohd Nor (Pejabat Pendaftar), Encik Mohd Faizal bin Ibrahim (Pusat Pengurusan Bakat & Latihan), Encik Mohd Sayuti bin Yahya (Pusat Islam),  Encik Hasbullah bin Ismail (Pusat Pembangunan Holistik Pelajar) dan Encik Cairul Anwar bin Mohamed (Pusat Alumni) di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Tadbir Gred N52 serta Puan Aizam binti Awang (Pejabat Bendahari) di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Kewangan Gred W52. Puan Aizam binti Awang bersara wajib pada 12 Mac 2023.

Dihantar oleh: usairizainuddin@unisza.edu.my
.