INFAQ UNTUK BERBUKA PUASA & MOREH SISWA/I UniSZA KAMPUS BESUT DALAM KATEGORI B40
Sukacitanya pihak Pusat Islam UniSZA Kampus Besut dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Ar-raudhah (JapSAR) sedang membuka peluang untuk semua muslimin dan muslimat untuk menginfaq bagi tajaan berbuka puasa seramai 303 pelajar UniSZA yang beraga Islam yang berada dalam kategori B40 sepanjang bulan Ramadan 2023/1444H ini.
Sebanyak RM1,818 diperlukan SETIAP HARI untuk membiayai juadah berbuka puasa & moreh para pelajar-pelajar ini. Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan untuk sesiapa jua yang ingin memberikan sumbangan agar program yang dirancang ini dapat dijayakan dengan sempurna. Semoga Allah melipatgandakan ganjaran untuk sumbangan yang diberikan anda semua.
??? ??????? ???????? ????? ???? ????? ????????? ?????? ??????? ??? ???????? ??? ?????? ?????????? ??????
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Staf Pusat Islam UniSZA Kampus Besut di talian:
09-6993276/016-2032016 (Ust. Noor Aminuddin)
----------------------------------------
Ikuti Info-info program Kerohanian di UniSZA Kampus Besut dengan menyertai group WhatsApp berikut. ---> Klik disini
Dihantar oleh: nooraminuddin@unisza.edu.my