Berita

Hebahan

HEBAHAN DASAR KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN UNISZA YANG BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN DASAR KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN UNISZA YANG BAHARU

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan  UniSZA telah mengeluarkan Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UniSZA yang baharu. Dasar KKP UniSZA ini telah ditandatangani oleh YBhg. Naib Canselor pada 23 Mac 2023 yang lalu.

Oleh yang demikian, dimohon wakil setiap PTj untuk hadir ke pejabat Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, JKKP UniSZA (Pos Pengawal 2) untuk mendapatkan dasar baharu yang telah dicetak. Adalah diharapkan semua PTj dapat menggantikan Dasar KKP UniSZA yang lama kepada yang baharu.

Sebarang pertanyaan berhubung aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan boleh hubungi kami di talian 09-6688664/7830/8363.

Segala kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan, berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"ILMU DAN AKHLAK"

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan,

Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan,

Universiti Sultan Zainal Abidin

Dihantar oleh: izzuddinbadrol@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.