Berita

Hebahan

PROGRAM 'IFTAR MUBARAK: BERKONGSI KASIH' FAKULTI SAINS KESIHATAN

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dengan kerjasama Pejabat Wakaf dan Endowmen dan Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan (FASKES) akan menganjurkan Program ‘Iftar Mubarak: Berkongsi Kasih’ untuk meraikan pelajar - pelajar  asnaf daripada Fakulti Sains Kesihatan. Selain dari itu,Majlis Iftar ini juga turut diadakan untuk menyampaikan sumbangan duit raya daripada orang ramai kepada pelajar-pelajar berkenaan. Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut :

 Tarikh/ Hari: 13 April 2023 (Khamis)
 Masa: 5.30 petang - 8.00 malam
 Tempat: Dewan Perdana, UniSZA

“Barang siapa yang permudahkan urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan permudahkan urusannya di dunia dan di akhirat”-HR Muslim.

Dihantar oleh: azuraaripin@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.