Berita

Hebahan

BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) MENTAL WELLBEING GATEKEEPER / COACH STAF UniSZA 2023

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Pelajar, Pejabat Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar, Hospital Pengajar UniSZA dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Training of Trainer (TOT) Mental Wellbeing Gatekeeper / Coach Staf UniSZA 2023. Bengkel ini bertujuan untuk melatih para pegawai untuk memahami pelbagai isu kesihatan mental termasuk gejala seta tanda-tanda. Ini membolehkan mereka mengenali pelajar dan pegawai lain yang mungkin mengalami masalah kesihatan mental seterusnya dapat membuat penilaian dan pencegahan awal.

Maklumat bengkel sepertimana ketetapan berikut:

      Tarikh / Hari:   9-10 Julai 2023 (Ahad-Isnin)

      Masa:              8.30 Pagi - 4.30 Petang

      Tempat:          Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM                                                   UniSZA Kampus Gong Badak

      Pakaian:          Pejabat Pejabat

Sehubungan dengan itu, semua peserta yang terlibat diwajibkan mengikuti kursus tersebut. Sila hubungi Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM ditalian 09-6688694 / 019-9091969 untuk sebarang pertanyaan dan makluman.

Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.