Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan UniSZA 2023 kepada wakil Pusat Tanggungjawab (PTj) UniSZA. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan secara am, meningkatkan kefahaman tentang akauntabiliti dalam pengurusan kewangan, memahami sistem pengurusan kewangan yang sistematik dan berkesan serta mendorong sikap ke arah kecekapan dan kecemerlangan organisasi UniSZA.
Maklumat kursus sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 17-18 Julai 2023 (Isnin-Selasa)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: Pegawai Kewangan, Pejabat Bendahari
Sehubungan dengan itu, semua staf pentadbiran UniSZA dijemput untuk mengikuti kursus tersebut. Sila hubungi Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694/019-9091969 untuk sebarang pertanyaan dan makluman.
Kerjasama YBrs. Prof. Dato'/Prof. Dr./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688694/8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my