Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan akan mengadakan Kursus Pengurusan Data Microsoft Office Excel (Advanced) kepada Staf UniSZA 2023. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelbagai ciri-ciri yang terdapat di dalam Microsoft Office Excel (Advanced) seperti mengaplikasikan formula, fungsi dan mengurus nama, cara mengisih data dengan betul menggunakan perisian Microsoft Office Excel, menerangkan fungsi vlookup, pivot table di dalam Microsoft Office Excel serta fungsi-fungsi lain yang terdapat dalam MIcrosoft Office Excel tersebut.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 24 - 25 Julai 2023 (Isnin - Selasa)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1 Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: YBrs. Ts. Izzuddin bin Ismail Pengasas dan Jurulatih Induk Tarbiyyah Kreatif
***Semua Peserta Diwajibkan Membawa Laptop Semasa Kursus Berlangsung
Sila berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 untuk sebarang pertanyaan dan makluman. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694/8378