Berita

Hebahan

SEMINAR NILAI DAN KEPIMPINAN : PENDAYAUPAYAAN NILAI & KEPIMPINAN DALAM MEMACU PERUBAHAN

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mengadakan Seminar Nilai dan Kepimpinan : Pendayaupayaan Nilai dan Kepimpinan Dalam Memacu Perubahan.

Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:

      Tarikh / Hari:   31 Julai - 1 Ogos 2023 (Isnin - Selasa)

      Masa:              8.30 Pagi - 4.30 Petang

      Tempat:          Dewan Perdana                                                                                                         UniSZA Kampus Gong Badak

Untuk makluman YBrs. Prof. /Prof. Madya/Dr. /tuan/puan, seminar ini melibatkan jemputan wakil daripada semua IPTA dan IPTS seluruh Malaysia serta Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) UniSZA. Untuk sebarang pertanyaan dan makluman sila hubungi Encik Ahmad Rumaizi bin Hashim, Penolong Pendaftar Kanan, CenTTM ditalian 09-6688835/ 013-9396609.

Kerjasama dan komitmen YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.