Berita

Hebahan

PROGRAM PEMBUDAYAAN GAYA HIDUP SIHAT STAF UniSZA MENERUSI DIET ANTI RADANG

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar telah bersetuju untuk mengadakan Program Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Staf UniSZA Menerusi Diet Anti Radang. Program ini bertujuan untuk menjelaskan secara umum kaedah penjagaan kesihatan dan kesembuhan penyakit dalam kalangan staf UniSZA dengan pendekatan holistik penjagaan kesihatan secara alam merangkumi penyakit fizikal dan kesihatan minda staf.

Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:

      Tarikh / Hari:   22 Ogos 2023 (Selasa)

      Masa:              8.30 Pagi - 12.30 Tengahari

                             (Aktiviti Zumba : 4.00 Petang - 5.00 Petang)

      Tempat:          Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM                                                   UniSZA Kampus Gong Badak

      Pakaian:          Pejabat / Aktiviti Zumba (Pakaian Sukan)

Sila hubungi Encik Zaliazam bin Mohamad, Pegawai Psikologi, CenTTM ditalian 09-6688048 / 016-3347287 untuk sebarang pertanyaan dan makluman.

Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.