Berita

Hebahan

KURSUS ASAS FOTOGRAFI (MIRRORLESS) ANJURAN PENERBIT UniSZA

?????????? ?????????? ?????????? ????? ????????????? dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin akan mengadakan Kursus Asas Fotografi (Mirrorless) pada 20 September 2023 bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Gong Badak.

3.   Matlamat program ini adalah bertujuan membantu para peserta untuk mendapatkan kemahiran asas fotografi dan pendedahan mengenai kaedah terkini penggunaan kamera mirrorless.

4.  Sehubungan itu, pihak penerbit ingin menjemput YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai kursus tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan risalah program tersebut untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg Dato’./Prof. /Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Wan Mohd Fadzli W. Samsudin di talian 09-6688774 atau Puan Siti Zakiah Ngah di talian 09-6688474.

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Dihantar oleh: azmirazam@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.