Berita

Hebahan

BENGKEL BROADENING YOUR RESEARCH VISIBILITY AND FINDING RESEARCH COLLABORATORS

Dimaklumkan bahawa, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan bengkel Broadening Your Research Visibility And Finding Research Collaborators (International & Industry) sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh:               2 & 3 Oktober 2023 (Isnin & Selasa)

Masa:                8.30 pagi hingga 4.30 petang

Tempat:            Dewan Seminar 1, Bangunan CenTTM

                          UniSZA Kampus Gong Badak

Penceramah:    YBrs. Prof. Ir. Dr. Norhayati Soin

                          Universiti Malaya (UM)

Tujuan bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada penyelidik tentang kepentingan keterlihatan potensi diri kepada industri di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Ia juga membantu penyelidik mempersiapkan diri menghadapi era globalisasi serta membimbing penyelidik untuk menghasilkan kertas cadangan yang berkualiti. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan YBrs. Dr. Imilia binti Ismail, Pensyarah(FSK) ditalian 09-6688547 atau Encik Zaliazam bin Mohamad, Pegawai Psikologi (CenTTM) di talian 09 6688048.

Sekian untuk makluman 

Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.