Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program Kesihatan Wanita Staf UniSZA "Breaking Barriers to Healthy Today" Sempena Hari Akademia Tahun 2023. Tujuan kursus ini diadakan adalah mendidik wanita tentang pentingnya pemakanan yang seimbang dan gaya hidup aktif dalam menjaga berat badan yang sihat, mengelakkan masalah seperti obesiti dan meningkatkan kesihatan jantung serta mengajar mengenai proses menopause, gejala-gejala yang berkaitan dengannya dan cara mengatasi perubahan horman dalam badan.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 25 Oktober 2023 (Rabu)
Masa: 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1 Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: a) YBrs. Dr. Nurulhuda binti Mat Hassan Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan
b) YBrs. Dr. Siti Khadijah binti Ismail Pensyarah Universiti, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
c) YBrs. Dr. Malini binti Mat Napes Pensyarah Perubatan, Fakulti Perubatan
d) YBrs. Che Suhaili binti Che Taha Pensyarah Universiti, Fakulti Sains Kesihatan e) YBrs. Dr. Haniif bin Ahmad Mazian Pensyarah Perubatan, Hospital Pengajar UniSZA f) Puan Mardiana binti Mansor Pensyarah Universiti, Pusat Pengajian Sains Kejururawatan g) YBrs. Prof. Madya Dr. Aniza binti Abd. Aziz Prof. Madya / Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan h) YBrs. Dr. Rahaizah binti Rani Pegawai Perubatan (Pakar), Hospital Pengajar UniSZA i) YBrs. Dr. Muna Hamiza binti Asiff Pensyarah Perubatan, Fakulti Perubatan
Sehubungan dengan itu, staf wanita UniSZA yang berminat dijemput hadir ke program tersebut. Sila berhubung dengan Encik Zaliazam bin Mohamad, Pegawai Psikologi, CenTTM di talian 09-6688048/016-3347287 untuk sebarang pertanyaan dan makluman. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my