Berita

Hebahan

HEBAHAN BULETIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SIRI 19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN BULETIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SIRI 19

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), UniSZA telah mengeluarkan Buletin Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Siri 19 yang bertajuk "PANDUAN RINGKAS PENGENDALIAN TUMPAHAN MERKURI".

Untuk memuat turun buletin tersebut, YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh melayari laman sesawang JKKP UniSZA di pautan https://keselamatan.unisza.edu.my/muatturun.

Diharapkan dengan adanya buletin ini, ianya dapat memberikan sedikit maklumat atau panduan berhubung aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada semua staf dan sebagai suatu bentuk pengetahuan tambahan yang mungkin bermanfaat pada masa akan datang.

Sebarang pertanyaan berhubung aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan UniSZA, YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan boleh menghubungi kami di talian 09-6688664/7830/8363.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

‘‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

‘Ilmu dan Akhlak’

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan,
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan,
Universiti Sultan Zainal Abidin

Dihantar oleh: farhanmazalan@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.