Berita

Hebahan

TAKLIMAT BERKAITAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM BERSAMA LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

YBrs. Dato’/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,

 JEMPUTAN KE TAKLIMAT BERKAITAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM BERSAMA LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) melalui Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mengadakan satu Taklimat Berkaitan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam sepertimana butiran berikut:

Tarikh/Hari:   28 November 2023/Selasa

Masa:              10.00 Pagi hingga 12.30 Tengah Hari

Tempat:          Secara Dalam Talian (webex)

                        (https://tinyurl.com/TaklimatLPPSA)

Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan produk-produk terbaru serta mendapat maklum balas dari kalangan staf UniSZA. Taklimat ini terbuka kepada semua staf UniSZA

Untuk makluman, kaunter penerangan dan khidmat pelanggan LPPSA akan dibuka di ruang legar pejabat CenTTM. Sila berhubung dengan Encik Mohd Faizal bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Latihan) di talian 09-6688368 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, untukmakluman.

Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.