Berita

Hebahan

BENGKEL PEMBANGUNAN KOMPETENSI UniSZA

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Pembangunan Kompetensi UniSZA sepertimana maklumat berikut: 

Tarikh: 13 -14 Disember 2023 (Rabu - Khamis)

Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang 

Tempat: Dewan Seminar CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak

Program ini antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman kepada staf UniSZA dalam pengurusan bakat berasaskan kompetensi sebagai strategi penting bagi mencapai hala tuju universiti serta mengurus pencapaian prestasi staf dan kelompok bakat secara seiring. 

Tiga penceramah yang berpengalaman telah dijemput bagi menjayakan bengkel tersebut iaitu: 

1. Encik Azizi bin Ismail, Ketua Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM)

2. Encik Ikmal Redzuan bin Mohd Isa, Timbalan Pendaftar, Fakulti Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

3. Encik Muhamad Tasyrif bin Ghazali, Ketua Unit Pelan Penggantian, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Sekian, untuk makluman. 

Dihantar oleh: fauzimohd@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.