Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Asas Pengurusan Pejabat Staf UniSZA Tahun 2024. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan terutamanya perkara asas berkaitan pengurusan pejabat, seperti Etika Pakaian, Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti, Penulisan Minit Mesyuarat dan Mesyuarat Tanpa Kertas (Paperless Meeting), Penulisan Kertas Cadangan, Sistem Pengurusan dan Pengkelasan Fail dan Rekod UniSZA, Pengurusan Kewangan UniSZA, Penulisan Laporan dan MOU & MOA UniSZA.
Maklumat kursus sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 29-31 Januari 2024 (Isnin-Rabu)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Pakaian: Pejabat Pejabat
Sehubungan dengan itu, semua peserta yang terlibat diwajibkan mengikuti kursus tersebut. Sekiranya terdapat peserta yang tidak menghadiri kursus tersebut tanpa alasan yang munasabah dan tidak memaklumkan kepada Pejabat CenTTM mengenai ketidakhadiran tuan/puan ke kursus tersebut, tuan/puan boleh dikenakan tindakan sepertimana Pekeliling Pendaftar Bil.2/2014.
Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) UniSZA Kampus Gong Badak
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my