Berita

Hebahan

CERAMAH IHYA RAMADAN SIRI 3 TAHUN 2024

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Ceramah Ihya Ramadan Secara Bersemuka dan Secara Atas Talian Kepada Staf UniSZA. Tujuan program ini diadakan adalah untuk kita menghayati ibadah puasa sebagai salah satu rukun Islam, menerapkan nilai murni dan akhlak baik berteraskan Al-Quran dan tauladan serta menghayati bulan Ramadan Al-Mubarak sebagai bulan yang dipenuhi rahmat dan barakah dan pemangkin kejayaan Ummah.

Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/ Hari:    25 Mac 2024 (Isnin)

Masa:              9.00 Pagi

Tempat:           Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak

Aplikasi:           Secara Atas Talian (FB Live UniSZA)

Penceramah:   YBrs. Ustaz Wan Fajrulhisham bin Wan Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Islam UniSZA            

Tajuk Ceramah:  “Ramadan Bulan Tarbiyah”

Sehubungan dengan itu, semua staf UniSZA dijemput untuk mengikuti sesi ceramah secara atas talian tersebut dengan menggunakan aplikasi FB Live UniSZA.

Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan dalam menjayakan program ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)

Bangunan CenTTM                                                                                             

UniSZA Kampus Gong Badak                                                                               

Tel: 09-6688694 / 8378

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.