Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Kepimpinan (Inovasi Dalam Kepimpinan : Mengukuhkan Kemahiran Pemimpin Abad ke-21) kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) dan Timbalan KPTj UniSZA. Kursus ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dalam pengurusan kepimpinan era baharu dan membangunakan kepercayaan serta motivasi dalam memimpin perubahan pasukan kerja.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 31 Mac 2024 (Ahad)
Masa: 8.30 Pagi - 1.00 Petang
Tempat: Ruang Pembelajaran Kolaboratif, Bangunan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Gong Badak (Bersebelahan Bilik Smart Classroom)
Penceramah: YM. Datuk Dr. Tengku Naufal bin Tengku Mansor Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA
Tajuk Ceramah: “Inovasi Dalam Kepimpinan: Mengukuhkan Kemahiran Pemimpin Abad ke-21”.
Sehubungan dengan itu, semua Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) dan Timbalan KPTj UniSZA dijemput untuk mengikuti kursus tersebut. Sebarang pertanyaan dan makluman boleh diajukan kepada Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/019-9631663.
Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan dalam menjayakan kursus ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688509/8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my