Berita

Hebahan

PROGRAM BICARA KEPIMPINAN SIRI II - STRATEGI KEPIMPINAN DIGITAL: MEMBENTUK PEMIMPIN UNTUK DUNIA MAYA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Program Bicara Kepimpinan Siri II - Strategi Kepimpinan Digital: Membentuk Pemimpin Untuk Dunia Maya kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) dan Timbalan KPTj UniSZA. Program ini antara lain bertujuan memberi kefahaman tentang asas kepimpinan digital dan peranan teknologi dalam membentuk pemimpin digital.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh/Hari: 30 April 2024 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat: Ruang Pembelajaran Kolaboratif
Bangunan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah
UniSZA Kampus Gong Badak
(Bersebelahan Bilik Smart Classroom)
Ahli Panel: YBrs. Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman
Penolong Naib Canselor (Ketua Pegawai Digital)

Sehubungan dengan itu, semua Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) dan Timbalan KPTj UniSZA dijemput untuk mengikuti program tersebut. Sebarang pertanyaan dan makluman boleh diajukan kepada Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/019-9631663.

Kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan program ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

 

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)                                                    Bangunan CenTTM                                                                                                UniSZA Kampus Gong Badak                                                                                Tel : 09-6688509/8378   

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.