Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Infografik (Canva) Kepada Staf UniSZA. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kemahiran penggunaan aplikasi canva untuk menghasilkan reka bentuk banner program, reka bentuk poster, flyers dan nilai-nilai template yang menarik dan mudah diguna serta dapat dihasilkan dalam masa yang singkat sama ada dalam komputer atau telefon pintar.
Tarikh/ Hari: 24 April 2024 (Rabu)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: Encik Mohd Usairi bin Mohamed Zainuddin Hospital Pengajar UniSZA
*** Sila bawa laptop untuk latihan amali kursus.
Sehubungan dengan itu, semua peserta yang terlibat diwajibkan membawa komputer riba (laptop) semasa sesi latihan amali kursus tersebut berlangsung.
Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688509 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my