Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (COMAE-i) akan mengadakan Bengkel Pemantapan Outcome-Based Education (OBE) Staf Akademik UniSZA Tahun 2024. Tujuan bengkel ialah untuk memperkenalkan prinsip, amalan dan kepentingan OBE kepada pensyarah baharu bagi membangunkan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan yang komprehensif sejajar dengan Malaysia Qualifications Framework 2nd Edition.
Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 6 – 7 Mei 2024 (Isnin - Selasa)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1
Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: i) YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Syadiah Nor binti Wan Shamsuddin
Pengarah, CoMAE-i
ii) Dr. Norlia binti Muhamad
Timbalan Pengarah (Pembangunan Akademik), CoMAE-i
Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my