Berita

Hebahan

BENGKEL PENGAJARAN BERKESAN (EFFECTIVE TEACHING WORKSHOP) STAF AKADEMIK UniSZA TAHUN 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) bercadang untuk mengadakan Bengkel Pengajaran Berkesan (Effective Teaching Workshop) Staf Akademik UniSZA Tahun 2024. Tujuan bengkel adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pensyarah dalam membangunkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan seperti gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran, membantu para pensyarah mencipta aktiviti pembelajaran yang lebih kreatif.

 Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut:

         Tarikh/ Hari:           8 – 9 Mei 2024 (Rabu - Khamis)

         Masa:                      8.30 pagi hingga 4.00 petang

         Tempat:                   Dewan Seminar CenTTM 1

                                         Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak

        Penceramah:           YBrs. Dr. Shahreza bin Md. Sheriff

                                         Pengarah

                                         Pusat Pembangunan Bakat & Inovasi, UMT

 Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.

Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.