Berita

Hebahan

HEBAHAN JAWATAN KOSONG UNISZA BERTARAF CONTRACT FOR SERVICE (CFS)

Assalamualaikum WM. WBT. dan Salam Sejahtera,

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) dengan ini mempelawa seluruh warganegara Malaysia dan warga UniSZA yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong bertaraf CONTRACT FOR SERVICE (CFS) sepertimana berikut :

BIL JAWATAN GRED
1. Pegawai Tadbir N41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Penolong Pegawai Tadbir N29
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
5. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19


Permohonan terbuka kepada warga UniSZA. Sehubungan dengan itu, permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui Portal Staf UniSZA di Aplikasi Staf atau melalui pautan sepertimana di pautan berikut:

- Menu Permohonan Jawatan -

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak urus setia di talian:
09 - 668 8176 - Puan Nik Nur Adina Syafiqah binti Nik Zakaria
09 - 668 8824 - Puan Najihah binti Mat Yasim

Jika terdapat masalah teknikal semasa pengisian, sila hubungi Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) di talian:
09 - 668 8848 - Puan Sharifah Noorfadhila binti Syed Alwi

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Jun 2024 (Sabtu).


Sekian, terima kasih.

Dihantar oleh: aizatrazapi@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.