Berita

Hebahan

KURSUS ORIENTASI STAF BAHARU UniSZA SIRI 1 TAHUN 2024

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan mengadakan Kursus Orientasi Staf Baharu UniSZA Siri 1/2024. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pemahaman mengenai objektif, fungsi dan struktur sesebuah organisasi, menerapkan nilai-nilai teras UniSZA dan memahami tanggungjawab sebagai staf disamping menghayati budaya serta persekitaran organisasi di UniSZA.

Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh/Hari  :  28-30 Mei 2024 (Selasa - Khamis)

Tempat         :  Kem Merang UniSZA, Pusat Pembangunan Holistik                                           Pelajar (PPHP), Setiu, Terengganu

Sehubungan dengan itu, semua peserta yang terlibat diwajibkan mengikuti kursus tersebut. Sekiranya terdapat peserta yang tidak menghadiri kursus tersebut tanpa alasan yang munasabah dan tidak memaklumkan kepada Pejabat CenTTM mengenai ketidakhadiran tuan/puan ke kursus tersebut, tuan/puan boleh dikenakan tindakan sepertimana Pekeliling Pendaftar Bil.2/2014.

Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.