Berita

Hebahan

BENGKEL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UniSZA SIRI 1 TAHUN 2024

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Pengenalan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Kepada Staf UniSZA. Tujuan bengkel ini adalah untuk menyiapkan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu UniSZA bersama-sama dengan Jawatankuasa Pemandu Kumpulan KIK bagi persiapan menyertai Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam.

      Tarikh/ Hari:   11-12 Jun 2024 (Selasa-Rabu)

      Masa:             8.30 Pagi - 4.30 Petang

      Tempat:          Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM                                                   UniSZA Kampus Gong Badak

      Penceramah:   Jawatankuasa Pemandu KIK UniSZA

Sehubungan itu, semua Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Ahli Kumpulan KIK yang terlibat dikehendaki hadir bagi menyiapkan slaid KIK Horizon Baharu untuk persiapan menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Peringkat Universiti Awam.

Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)                                                      Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak                                                Tel : 09-6688509 / 8378

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.