Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Pembangunan Modul Kursus Asas Pengurusan Pejabat Tahun 2024. Tujuan bengkel ini adalah untuk menyediakan kandungan modul Kursus Asas Pengurusan Pejabat UniSZA dan menambahbaik kandungan bank modul latihan dan bank penceramah UniSZA di CenTTM yang lebih strategik.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh/ Hari: 11-12 Jun 2024 (Selasa - Rabu)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 2, Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak Tel : 09-6688509 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my