PROGRAMME DIALOGUE ON PROFESSIONAL TRAINING : WHY AND HOW?
Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Programme Professional Training : Why dan How ? kepada staf Akademik UniSZA. Tujuan program ini adalah untuk menyampaikan perkongsian maklumat kepada staf Akademik UniSZA mengenai potensi pasaran latihan dalam skop HRD Corp kepada para peserta dan kepentingannya serta membuka ruang dan peluang kepada para peserta untuk meningkatkan potensi dan kompetensi diri melalui kursus dan latihan profesional daripada pelbagai organisasi.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Penceramah: Encik Ahmad Fauzan bin Othman
Leader Trainer for HRDF
Tajuk Ceramah: "Dialogue On Professional Training : Why and How? "
Sehubungan dengan itu, semua staf Akademik dan Pentadbiran UniSZA dijemput untuk mengikuti program tersebut secara dalam talian (Cisco Webex). Sebarang pertanyaan dan makluman YBrs. Prof. /Prof. Madya/ Dr./tuan/puan bolehlah menghubungi Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/0199631663. Kerjasama YBrs. Prof./ Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Universiti Sultan Zainal Abidin Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688509 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my