Berita

Hebahan

NOTIS PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN AKAUN APPLE APPS STORE

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Aplikasi dan Pangkalan Data, Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) sedang membuat penyelenggaraan pada akaun Apple Apps Store. Sehubungan itu, bagi pengguna telefon Apple yang belum memasang apps rasmi seperti iUniSZA, anda belum boleh memasangnya buat sementara ini kerana penyelenggaraan ini. 

Bagi pengguna yang telah memasang apps sebelum ini, tidak akan mengalami sebarang gangguan. Begitu juga kepada pengguna Android, anda juga boleh memasang dan menggunakan apps rasmi UniSZA seperti biasa.

Sebagai alternatif untuk eMasa dalam iUniSZA bagi mereka yang terlibat, anda boleh menggunakan PC atau peranti Android untuk merekod kehadiran dan pulang kerja dan untuk merekod eLatihan adalah melalui peranti Android atau melalui urusetia.

Segala kesulitan berkenaan hal ini adalah amat dikesali dan semoga penyelenggaraan ini berjalan lancar dan memudahkan semua warga UniSZA. Jangkaan masa selesai adalah 1-2 hari bekerja.

Kerjasama daripada semua warga UniSZA amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kemaskini: Telah selesai pada 4/7/24

Dihantar oleh: nikfarid@unisza.edu.my
.