Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Program Bicara Kepimpinan Siri III - Kepimpinan Berasaskan Nilai (Value Based Leadership). Program ini antara lain bertujuan memberi kefahaman tentang strategi kepimpinan berasaskan nilai, kepentingan nilai dalam membangunkan organisasi dan cabaran memimpin berasaskan nilai.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh/ Hari: |
16 Julai 2024 (Selasa) |
Masa: |
8.30 pagi – 4.30 petang |
Tempat: |
Ruang Pembelajaran Kolaboratif Perpustakaan Al-Wathiqu Billah UniSZA Kampus Gong Badak |
Ahli Panel: |
YBrs. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), KPT |
Sehubungan dengan itu, semua Ketua KPTj dan Timbalan Ketua PTj UniSZA dijemput untuk menyertai program tersebut. Untuk sebarang maklum balas, boleh hubungi Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my