Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Pemerkasaan Aktiviti Geran Penyelidikan Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) UniSZA 2024. Tujuan bengkel adalah untuk menerangkan konsep, tema, syarat dan kriteria geran SoTL dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi secara kreatif dan inovatif. Disamping itu juga bagi menerangkan mekanisma pengurusan dana, kajian tindakan dan kaedah permohonan ke arah membudayakan ‘research-based teaching’ dalam kalangan pensyarah.
Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: |
14 - 15 Ogos 2024 (Rabu - Khamis) |
|
Masa: |
8.30 pagi hingga 4.30 petang |
|
Tempat: |
Dewan Seminar CenTTM 1 Bangunan CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak |
|
Penceramah: |
i) |
YBrs. Prof. Dr. Rosna binti Awang Hashim Pensyarah, College of Arts and Sciences, UUM |
|
ii) |
YBrs. Dr. Sana Anwar Lashari Pensyarah, School of Applied Psychology, Social Work and Policy, UUM |
Surat jemputan telah diedarkan melalui emel kepada peserta yang terlibat pada 6 Ogos 2024. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Fauzi bin Mohd, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688509/ 019-9631663.
Kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my